Live Life with Harmony & Create Perfect Life with Own Way….

Tuesday, August 31, 2010

Season 1: Chapter 2- Ramadhan at Mukah,Sarawak


Assalamualaikum..

Ramadhan kali ini aku berada di Mukah,Sarawak, menuntut kehendak kerja jadi terpaksalah aku berpuasa disini…ini mengingatkan aku pada Ramadhan 2008 dimana aku terpaksa berpuasa seorang diri di Rawang…sedih memanglah sedih sebab Ramadhan 2010 aku hanya berkesempatan berbuka dengan Famili hanya sehari iaitu hari terakhir ramadhan dan tidak berkesempatan berbuka dengan MyLove…walaubagaimanapun aku sangat bersyukur…aku akan terbang balik ke Penang pada 8hb Sept 10 ini berdasarkan pada online tiket yang telah ditempah seawal bulan Julai…jadi hanya dapat berjumpa dengan myLove pada Hari Raya…[sorry yea sayang] 
+
+
Walaupun aku duduk dengan subcon lain tapi hanya aku seorang sahaja Muslim..jadi terpaksa la aku berpuasa dan berbuka seorang diri…heee…aku bernasib baik walaupun mereka non-muslim tetapi tetap menghormati aku sebagai Muslim…dan menghormati bulan Ramadhan…ini yang perlu dijadikan contoh untuk semua bahawa kita sememangnya menghormati antara satu sama lain…^_^
+
+
Berpuasa disini agak mencabar disamping kerja aku yang terpaksa berada di site construction…huu...panasnya sangatlah terik…hanya kepada ALLAH S.W.T sahaja aku memohon kekuatan…
+
+
Mencari juadah berbuka tidak menjadi masalah sebab Bazar Ramadhan berada di hadapan shop lot yang disewa…Hampir setiap malam aku pergi solat terawih di Masjid Setia Raja Mukah, ini kerana masjid tersebut hanya 200meter sahaja dari shop lot yang disewa…di masjid tersebut aku tidak merasakan diri aku keseorangan walaupun aku tidak kenal walau seorang pun dari kalangan jemaah masjid tersebut…inilah yang dikatakan bahawa Islam itu Bersaudara…hanya senyuman dan bersalaman menjadi pengerat sillaturrahim…
+
+
Berada didalam masjid tersebut membuatkan aku berasa tenang dan lupa sebentar akan hal-hal dunia…kini aku mengerti walaupun aku berpuasa berseorangan secara zahirnya tetapi secara batinnya ALLAH S.W.T dan para Malaikatnya sering menemani aku…inilah yang yang dikatakan Rahmat Ramadhan…menjadikan kita semakin dekat dengan-Nya sekiranya kita ingin mendekatinya…ALHAMDULILLAH…  
Wassalam.

No comments:

Post a Comment