Salam
It’s NOT a bad day or bad luck!!!!...it conjectures... itu sahaja ungkapan yang boleh aku katakan kepada peristiwa yang terjadi semalam...bukan nak mengeluh tapi pening la jugak pala ni bila duk pikir nak settlekan...
Semalam planing pegi memancing udang galah kat sungai Oya...pegi pukul 11 sampai pukul 3...huu..seekor udang pun tak dapat...bak kata orang batang hidung udang pun tak nampak...huu...lepas tu datang seorang uncle 'fishing consultant' kata air ni tak elok...udang tak ada, lagi dua tiga hari datang balik...[uncle ni memang selalu bagi consult kat geng-geng subcon aku tu]...
Disebabkan tak da udang galah kat situ maka terpaksalah kami pindah tempat...plan tu nak pegi sungai di Igan...tapi baru je on da way tengah jalan Pajero tu sekali lagi buat hal...bila bawa laju dia keluarkan bunyi wiiiiiiuuuuu...berhenti la check...ada berasap sikit kat stereng punya shaft...tapi kami tak tau rosak apa...maka terpaksa la BATAL kan niat nak pegi sambung mancing...
Balik pun kena bawa slow2 macam siput...40km/j with emergency signal...udang galah tak dapat, keta rosak yang dapat...huu...tapi aku redha dengan dugaan...
*_*
No comments:
Post a Comment