~Taman Negara Penang~
Tempat ni memang best untuk jungle tracking sambil menikmati alam semulajadi…best…tapi tujuan kami pegi hanya untuk jalan-jalan saja, kami pegi masuk sikit sahaja melalui denai hutan untuk ke Monkey Beach…tapi kami jalan tak sampai separuh pun pastu patah balik..heee…[pakaian tak sesuai]…lepak sampai petang sikit kami pun beredar ke tempat lain…petang sikit kami pergi ke puncak bukit [jalan nak p Balik Pulau ikut Relau]…menikmati sunset bersama and enjoy that moment...
~Majlis Konvokesyen UiTM~Aquaria Shah Alam~
Hari tersebut merupakan hari yang bersejarah bagi dia sebab dapat segulung IJAZAH dalam bidang Kejuruteraan Awam, kami merancang untuk bertolak pada malam majlis tersebut...kami bertolak agak lewat sebab keja aku habis pukul 8 mlm hari tu sebab kena jaga piling kat site Moonlite Bay…ditemani dengan Mak, Abg Chik, dan awek abg chik…kami semua berkumpul kat umah Abg Long…dalam pukul 11 kami bertolak ke Shah Alam…dalam perjalanan kami berhenti banyak tempat la jugak…sampai disana dalam pukul 4 pagi…sampai umah sewa yang telah ditempah oleh mylove dalam area kampus UiTM…bila sampai tu tido la sekejap…awal pagi kami bersiap untuk pergi ke Dewan Utama UiTM Shah Alam…teruja hati aku tengok dia dengan jubah konvo..hee..[rasa macam nak sambung lagi..tapi bila pun tak tau lagi..]…sebagai tanda ucapan TAHNIAH aku belikan dia sejambak bunga yang ada sekor teddybear…[TAHNIAH sayang]…selesai sesi penganugerahan kami pun snapshoot la sebagai kenangan…lepas makan tengahari kami balik umah sewa rehat…petang tu kami pegi jalan-jalan ke Aquaria Shah Alam…hoho…best sangat sebab bleh tengok ikan air tawar yang pelik-pelik dan besar-besar, sempat la snapshoot dengan ikan-ikan kat sana tu…dalam pukul 6 petang kami bertolak balik…balik trun abg chik drive…aku rilex kat sebelah je hee…dalam pukul 11.30 malam kami selamat sampai di Penang…
~Air Panas Ulu Lenggong dan Lata Mengkuang~
Masa ini tak rancang pun nak pegi ke sana , tapi disebabkan hati aku ni teringin sangat nak pegi sana [sebab tak penah pegi..orang kata best] jadi nak try la tengok…kami rancang malam ke Air Panas dan siang ke Air Terjun Lata Mengkuang…jadi aku set hari sabtu [31-11-2009] tengah malam untuk pergi ke sana…aku pun ada ajak abang chaq [Ariff] tapi dia tak jadi pegi sebab Alya masa tu kecik lagi…lepas pergi main futsal aku pergi dengan dia…kami sampai dalam pukul 1 pagi lebih kalau tak salah…ramai jugak orang masa tu…[ni la first time aku sampai kat air panas ni]…kami mandi dan lepak kat air panas sampai pukul 5 pagi…habis mandi kami bertolak ke rumah dia sebab dekat je… sampai umah dia aku bantai tido dulu [huu..ngantuk]…dalam pukul 10 pagi kami pegi ke Pekan Ahad Baling beli barang untuk dimasak…[beli ikan keli, sayur, …haa tak ingat la beli apa lagi..]…siap masak kami [aku, dia, mak dan dik Midah] pergi ke Lata Mengkuang, berkelah di sana …[menu: ikan keli masak lemak, ikan goreng…tak ingat la pa lagi]...habis makan pa lagi mandi la…huuu…best sangat…petang sikit baru balik ke Penang …
~Lepak at Bt. Feringgi Beach ~
Masa ni kami berdating setelah 3 minggu aku kena stay kat site sepang…pegi jalan-jalan makan angin dan sembang-sembang…dengan berbekalkan jajan yang dah dibeli kami pun pergi ke sana…dua tiga kali jugak kami lepak kat sini…tempat lepak lain yang selalu kami pegi Queenbay dan Pantai Seagate…
~Movie every Wednesday ~
Haha...ini merupakan aktiviti wajib setiap minggu…tiap-tiap rabu mesti tengok wayang…[murah la ckit]…banyak movie yang kami enjoy bersama…ada yang movie best dan ada jugak yang kureng…Lokasi cinemas yang biasa kami pegi Pasific, Jasco and Sunway Carnival...hee…[sampai mak aku tak larat nak tegur..last2 dia perli aku bila balik dari tengok wayang…”tengok wayang pa pulak mggu ni”..heee..]
~Selalu lepak di R&R Bagan Ajam~
Memang semua orang kat seberang perai ni banyak dok lepak kat sini…sebab dah tak da tempat lain dah nak lepak..hee...bnyak masa kami habiskan disana…tak terbilang la pulak berapa kali kami ke sana …heee…
~Sepang ~ Cameron Highland ~
Masa pegi Sepang ni, aku yang ajak dia pergi teman aku, sebab aku ada kerja sikit kat sepang masa tu…at least ada la orang teman bawa keta, tak la mengantuk sangat…on the way atas highway kat Simpang Pulai nampak signboard ‘Cameron Highland’…dia kata “sayang tak penah sampai kat sana”…”tak penah sampai ke…tak pa balik dari Sepang ni kita singgah ye”…balas aku…itulah kisahnya…tak rancang pun nak pegi tapi dah ada kesempatan jadi kami bercandang untuk singgah masa balik nanti…sampai di Sepang aku sewakan sebuah chalet untuk dia. Aku pegi tidur kat rumah sewa company aku berdekatan dengan dengan kawasan tersebut…sempat la jalan-jalan dan tengok sunset kat Sepang tu…keesokan harinya setelah selesai kerja, kami pun bersedia untuk bertolak ke Cameron Highland…sampai dekat Perhentian R&R Dengkil…kami singgah dulu untuk makan Satay Kajang Hj.Samhuri…emm..yumm2…
baru je abis makan bos tepon…huuuu…”Amin, hari ini you balikkan…you kena singgah kat …..[tak ingat nama tempat tu] untuk ambil sample…nanti saya confirm balik ngan kamu...”…adoiyaii…terpaksalah cancelkan rancangan awal..huu….tapi masa on the way nak pegi [kat shah alam masa tu] bos tepon balik…”Amin, tak jadi la pergi ambik sample...you boleh balik terus…”….haaa…lega…jadi kami teruskanlah rancangan kami ke Cameron Highland melalui EXIT TAPAH…2 jam perjalanan maka sampai la kami di Tanah Rata…[otw tadi sempat la snapshoot kat sempadan Pahang-Perak..hee]…di Tanah Rata kami singgah di ladang tea BOH…huu..nice and cool place, take a moment to snapshoot at the tea field and get the romantic feeling with a cup of tea...[terbaik dari ladang]…teruskan perjalanan ke Brincang, di sana kami singgah di Big Red Strawberry Farm sambil menikmati keindahan pokok2 strawberry, sayur dan bunga2an...setelah selesai kami bertolak balik…[masa melalui pekan Brincang tu ingat nak singgah pasar malam kat sana tapi kami tak bernasib baik sebab malam tu tak ada]…dalam perjalanan balik kami singgah di kedai2 menjual sayur dan bunga2an [myLove sempat beli bunga RM10=5 dozen…hee]…kami balik ikut jalan ke Simpang Pulai…naik Highway at EXIT SIMPANG PULAI…terus pecut ke Penang…
~Bukit Merah Lake Town ~
Sebab satu Penang kami dah round-round, jadi kami pun planning ke Bukit Merah Lake Town Resort…sampai disana kami ambik pakej yang roung-round dalam tu saja..tak bercadang nak mandi pun…Taman Burung, Flying Chair dan ke Pulau Orang Utan..best jugak tempat ni...[enjoy our moment together]
~Our 1st Couple Anniversary~
Tanggal 27-07-10, kami menyambut hari ulang tahun pertama kami [nasib baik dapat balik dari Mukah]…sambutan ringkas di Kenny Roger’s, Jusco Seberang Perai…[that was my first time step into the Kenny Rogers]…walaupun ringkas tetapi penuh bermakna… selepas tu kena balik ke Mukah semula..yang sedihnya tak dapat meraikan Birthday my Love bersama..huuu…tu yang buat aku sedih sangat…*_*
~Menikmati Masakan MyLove~
Disebabkan sebulan lebih kat Mukah, jadi masa balik ini dijadikan masa terbaik untuk menikmati masa bersama…masakan ni pengerat kasih…sebab rindu sangat masakan dia jadi aku minta dia masak untuk kami makan bersama...heee...[Menu: Nasi putih+udang goreng+ikan goring+dan sayur tougeh masak lemak+air yogurt]…memang MENGANCAM…finger licking good…yum2...[nanti masak lagi ye sayang..muahhh]… kami pergi berkelah di Pantai Teluk Bahang…otw balik tu kami singgah la sekejap dekat Gurney Drive melepak…[masa ni aku sakit belakang dan short urat kaki..sebab pegi main futsal pada malam sebelum tu..huu..aduhh…betul-betul sakit..thank sayang for your support]…di sebabkan awal lagi kami bercadang nak tengok sunset kat tempat biasa…tapi hari tu awan banyak jadi tak nampak matahari…
~Begitulah ceritanya saat pertemuan dan perkenalan antara aku dan dia…~
Wassalam…
*p/s: story and picture will update time by time*
No comments:
Post a Comment