Mengimbau kembali saat pertemuan kami..heee..[tersengeh aku sorang2 bila mengimbau kembali detik-detik nie]...Actually, kami sebenarnya satu sekolah dulu semasa Sekolah Menengah…di Sek. Men. Dato Onn B.worth…bukan itu saja kami juga pernah satu kelas semasa tingkatan 2 dan 3 heee….tapi masa tu masing-masing kenal sebagai kawan sekelas saja…lagipun aku ni seorang yang pendiam sikit…orang kata low profile..heee…[betulkan sayang heee..^_^]….selepas tu loss contact….
+
+
Sehinggalah pada tahun 2008, aku berjumpa kembali dengan dia…kami jumpa dekat Restaurant Mak Su Nasi Ayam, Taman Kelisa Emas…kebetulan aku memang selalu makan kat food court situ sebab malas nak pergi jauh-jauh time rehat [masa tu keja kat THW Consultants S/B lagi]…dia pulak menjalankan praktikal kat BHR Consultants S/B…haa kebetulan kami mengambil course yang sama…tapi masa tu kami hanya bertukar no.phone…
+
+
Hampir pertengahan tahun 2009, dia menghubungi aku untuk menanyakan kerja kosong di tempat aku keja atau tempat-tempat lain…saat inilah bermulanya proses perkenalan dan risik-merisik antara aku dan dia…disebabkan masing-masing masa ni masih single, jadi kami masing-masing cuba untuk mengenali diantara satu sama lain…cuba mengenali, memahami, mengerti dan macam-macam lagi pada waktu ni…
+
+
Orang kata dah jodoh tu tak kemana…saat inilah terbukanya hati aku untuk menerimanya…sebab apa aku boleh menerima dia dalam hidup aku??..biarlah hanya aku dan dia sahaja yang tahu…pada tanggal 27-07-09, waktu-waktu terakhir aku kerja di tempat lama, aku kena pergi ke Perlis untuk menghantar document ke JKR Perlis…jadi aku pun mengajak dia menemani aku ke sana…selesai kerja kami ke Padang Besar Perlis untuk bershoping-shoping disana…hoho…saat inilah terbuka hatinya untuk menerima cinta aku…cinta aku bukanlah cinta sempurna, tapi dalam hati ini mengatakan bahawa dia akan menyempurnakan cinta aku ini…[thank sayang…I LOVE YOU SO MUCH]…
+
+
Tanggal 27-07-09, bermulalah saat kami mula mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam dan lebih terpeinci serta mencari titik tolak kesamaan dan perbezaan…aku tahu bukan mudah untuk memahami sepenuhnya...tapi aku berjanji aku akan buat yang terbaik untuk kebahagiaan dan kegembiraan kami…Insyaallah…
+
+
Selepas tu aku pun bertukar kerja ke company baru, Earthcare Environment Technology S/B…sepanjang Ramadhan 2009, aku banyak menghabiskan masa bersama selepas kerja…Berbuka puasa, membeli-belah, dan macam-macam lagi…Syawal 2009…aku pergi berhari raya ke rumahnya di Kg.Memali, Baling…bertemu dan bersua kenal dengan ibu dan adik-beradik dia…hee…Alhamdullilah diterima dengan baik oleh keluarganya…
+
+
Continue in Chapter 6: Great Moment with MyLove…
No comments:
Post a Comment